VViP

Tuesday, May 24, 2011

ANDA ADALAH ORANG BERUNTUNG DALAM APA JUA KEADAAN SEKALIPUN....

Katakanlah kepada orang yang mencela kami kerana penggantian masa:

"Tiada yang mengingkari masa,kecuali hanyalah orang yang terancam oleh bahaya..."

Berharaplah yang baik dari Allah, bila anda merasa sedih, gelisah atau gundah-gulana. Dan ketahuilah ia adalah sebahagian dari penebusan dosa. Apabila anda kehilangan seorang anak, maka ketahuilah dia akan menjadi syafaat bagi anda kelak di hadapan Allah. apabila anda menderita cacat atau penyakit di tubuh anda, maka ketahuilah bahawa masing-masing pahalanya telah tersimpan di sisi Allah.

Rasa lapar itu akan terbalas dengan pahalaNya, rasa sakit akan dibalas dengan ganjaranNya dan juga kemiskinan akan dibalas pahala dari Allah. Tidak akan ada yang hilang di sisi Yang Maha Esa. Allah selalu menjaganya, seperti menjaga titipan yang akan ia penuhi di akhirat kelak....

Petikan dari,
Emas Kesepuluh
Dari Buku : Jangan Bersedih; Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia

No comments: