VViP

Wednesday, May 18, 2011

Sekali Bila Diri DiUjiNya.....

Terkadang hati mengeluh...tp bila tersedar, mengeluh itu perbuatan org yg putus asa. Namun, kerapkali juga diri rasa putus asa, bila terkenang keputusan semalam... Kepala ligat berfikir, tepatkah keputusanku? Benarkan pertimbangan yg telah dibuat dahulu? Bila difikir2kan, tidak berguna untuk mengeluh dan putus asa sekarang.. kerana, keputusan telah dibuat... segalanya telah dibuat....

Terkadang jua, hati ini sedih mengenangkan peristiwa itu... Sedih dengan keputusan sendiri... Adakah keputusan itu diredhai?

Ramai yg berkata, aku beruntung telah ada bidadari menunggu di pintu syurga nnt... namun mahukah si bidadari itu menungguku? Setelah aku yg memaksanya lahir tempohari?

Rindu? Kasih? Sayang? Sudah pasti walau hanya untuk 20minggu dalam rahimku... Berdosakah aku dengan keputusanku itu?

Sesakali diuji... diri ini tertanya jua? Adakah ini sebuah ujian atau hukuman buatku kerana alpa padaNya?

Ya Allah kuat dan tabahkan lah hatiku...

No comments: